Wednesday, October 11, 2017

SELAMAT DATANG KE KOSASS



KOSASS merupakan kolej kediaman yang menempatkan anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar-pelajar awam yang turut ditempatkan di KOSASS.
Pentadbiran KOSASS diketuai oleh Lt. Kol. Othman Bin Jailani sebagai pengetua, dibantu oleh pengurus kolej, Tuan Haji Mokhtar bin Dahari, beserta 7 orang staf sokongan.
KOSASS mempunyai 6 buah bangunan merangkumi sebuah bangunan pentadbiran dan 5 buah blok kediaman. Blok kediaman di KOSASS pula terdiri daripada 2 blok pelajar lelaki : Blok Napuh dan Blok Pelanduk, dan 3 blok pelajar perempuan : Blok Rusa, Blok Kijang dan Blok Seladang.
Terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kolej untuk aktiviti para pelajar. Antaranya ialah Balai Minda, Balai Rahmat, Dewan Jauhari, gelanggang futsal, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring dan juga Medan Intelektual. Selain itu, di KOSASS juga terdapat kafeteria yang menjadi tempat untuk pelajar makan.

Sila layari laman web KAMI

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG KE KOSASS KOSASS merupakan kolej kediaman yang menempatkan anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)....