Thursday, June 2, 2016

2 JUN 2016 - PISKIPONIK ATAU AKUAPONIK

Alhamdulillah. Pada hari ini 2 Jun 2016, kami memulakan projek membela anak ikan talapia merah dan anak ikan keli. Anak ikan keli ini dibeli dengan harga RM 11.00. Pihak Kolej mengambil keputusan untuk membela ikan kerana untuk mewujudkan sistem Piskiponik atau Akuaponik.


Piskiponik atau Akuaponik adalah sistem penghasilan makanan yang menggabungkan teknik akuakultur (menternak haiwan akuatik seperti ikan, udang atau siput di dalam tanki), dengan hidroponik (menanam pokok di dalam air) dalam persekitaransimbiotik. Dalam akuakultur normal, pembuangan sisa najis haiwan seperti ikan boleh terkumpul di dalam air meningkatkan toksisitinya. Dengan sistem piskiponik, air dari sistem akuakultur itu disalurkan kepada sistem hidroponik. Produk lebihan itu diuraikan oleh bakteria pengurai-nitrogen kepada nitrat dan nitrit. Tumbuhan kemudiannya dapat mengambil nutrien tersebut. Air tersebut kemudian disalurkan kembali ke sistem akuakultur itu.
Integrasi kultur ikan tilapia merah dan salad daun memberikan keputusan yang terbaik dan dijadikan model pengeluaran makanan secara berterusan menggunakan sistem piskiponik.
Sumber : Wikipedia

Akuaponik adalah gabungan Akuakulutur (ternakan ikan air tawar) dan Hidroponik(kaedah pertanian berasaskan air). Akuakultur dan Hidroponik mempunyai masalah tersendiri dan dengan menggunakan kaedah Akuaponik, kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan secara serentak dan lebih produktif dalam pengeluaran hasil pertanian dan ternakan.
Masalah dalam Ternakan Akuakultur :
  • Tahap amonia dalam kolam perlu dipantau.
  • Tahap amonia yang tinggi menyebabkan ternakan akan mati.
  • Dalam tempoh tertentu, air perlu ditukar.
  • Memerlukan sistem penapisan air yang khusus untuk mengasingkan 'solid waste'didalam kolam atau tangki.
Masalah dalam Pertanian Secara Hidroponik :
  • Kos nutrien yang tinggi.
  • Perlu kepakaran tinggi untuk penyediaan nutrien.
  • Dalam tempoh tertentu, air perlu ditukar.
  • Terhad kepada tanaman tertentu sahaja.
  • Perlukan perhatian yang lebih dan amat sensitif terhadap tahap nutrien dan air.
Sumber : Akuaponik





Lokasi : KOSASS Go Green

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG KE KOSASS KOSASS merupakan kolej kediaman yang menempatkan anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)....