Tuesday, May 31, 2016

31 MEI 2016 - PENGETUA KOSASS MELAWAT KAWASAN

Pada 31 Mei 2016, Tuan Pengetua KOSASS (Lt. Kol. Othman bin Jailani) turut meluangkan masa melawat Go Green KOSASS.

Monday, May 30, 2016

30 MEI 2016 - TANAMAN KACANG HIJAU

Pada 29 Mei 2016 (Ahad), satu program yang dinamakan HALOC anjuran Fakulti Sains telah berlangsung. Antara station program tersebut termasuklah di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Oleh yang demikian , pelajar KOSASS telah mencipta beberapa sistem tanaman yang kreatif daripada botol-botol terpakai. Gambar di bawah telah diambil pada keesokan harinya iaitu pada 30 Mei 2016 (Isnin).




Gambar di bawah menunjukkan program HALOC yang telah berlangsung di station KOSASS pada 29 Mei 2016 (Ahad). Program turut disertai oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Profesor Datin paduka Dr. Aini Ideris.






30 MEI 2016 - SISTEM FERTIGASI, TANAMAN TERAPUNG & LANDSKAP


Pada 30 Mei 2016. Kami berkesempatan menggunakan Kit Fertigasi yang dibeli daripada pihak UCTC, Universiti Putra Malaysia. Kit tersebut bernilai RM 300.00 yang terdiri daripada tanah, polibeg hitam, benih cili, tong air, Baja A dan B dan lain-lain. Proses pemasangan Kit Fertigasi adalah dengan menyediakan polibeg yang diisi tanah. Kami menanam Pokok Cili, Tomato dan Terung yang telah disemai terlebih dahulu ditempat lain. Tong air pula diletakkan ditempat yang lebih tinggi supaya air dapat disalurkan ke dalam polibeg. Kemudian dipasang paip saluran fertigasi ke setiap polibeg. Tong air tersebut kemudian dicampur dengan Baja A dan B. 







Tenaga kerja : Staf KOSASS

Selain itu, kami juga membuat sistem tanaman sayur kangkung secara terapung di dalam kolam ikan. Teknik ini hanya memerlukan botol terpakai dimana perlu dipotong separuh botol (secara melintang) untuk diletak tanaman dan ditebuk beberapa lubang di bawahnya untuk sumber air kepada tanaman melalui kolam ikan. Kemudian span digunakan sebagai medium menggantikan tanah. Span tersebut ditebuk tengah secara memanjang. Seterusnya sayur kangkung yang telah disemai diletakkan di dalam span tersebut di mana akarnya boleh mencapai air di dalam kolam ikan. Tanaman ini mendapat sumber baja secara semulajadi dari kolam ikan. Gambar seperti di bawah.





Pada 30 Mei 2016. Kami membuat sedikit perubahan pada landskap kebun kami. Dengan berkonsepkan 'Kebunku Seindah Taman' kami membuat laluan ke Kolam Ikan Fertigasi beralaskan batu-batu sungai. Proses tersebut bermula dengan membersihkan laluan tersebut kemudian ditaburkan batu sungai dan sedikit proses cat. Batu sungai dan cat tersebut kami perolehi dari stor yang sudah tidak digunakan lagi.


Tenaga kerja: Staf KOSASS

Thursday, May 12, 2016

12 MEI 2016 - BOTOL TERPAKAI DIJADIKAN TEMPAT SEMAIAN

Pada 12 Mei 2016 disamping memerhatikan perkembangan tanaman semaian sedia ada, kami menambah bekas semaian daripada botol mineral yang sudah tidak digunakan lagi. Botol-botol dipotong mengikut ketinggian yang sama. Kemudian diisi tanah baja seterusnya disemai sayuran Sawi Putih (Pak Choi) dan Sawi Hijau Hong Kong. Gambar adalah seperti berikut :


Wednesday, May 11, 2016

11 MEI 2016 - SAYURAN BERUMUR 6 HARI

Gambar di bawah diambil pada 11 Mei 2016. Tanaman berikut disemai 6 hari yang lalu.




Dari kiri (atas) : Salad, Terung Panjang
Dari kiri (bawah) : Kangkung



Tuesday, May 10, 2016

10 MEI 2016 - PROJEK MEMBUAT SISTEM TANAMAN AKUAPONIK

10 Mei 2016. Hasil kreativiti dan usaha oleh staf KOSASS, papan playwood dan kanvas yang sudah tidak digunakan boleh dijadikan kolam ikan buatan sendiri. Kanvas yang tahan lasak boleh menampung air dalam kuantiti yang banyak. Proses membuat kolam adalah seperti gambar di bawah.


Gambar di bawah pula menunjukkan staf sedang membuat tempat tanaman menggunakan paip PVC serta tapak yang diperbuat daripada buluh. Buluh tersebut diperolehi dari sekitar kawasan Kolej. Manakala net hitam tersebut diletakkan pada bingkai khemah 10' x 10' yang sudah tidak digunakan lagi.



10 MEI 2016 - ANAK BENIH MENJADI ANAK POKOK

Pada 10 Mei 2016 perkembangan anak benih setelah 5 hari disemai telah mula mengeluarkan pucuk daun. Hanya sayuran Tomato (Solanum Lycopersicum) masih belum mengeluarkan pucuk daun.

1. Sayur Salad (Lactuca Sativa)


2. Sayur Kangkung (Ipomoea Reptans L. Poir)



3. Terung Panjang (Solanum Melongena)


Friday, May 6, 2016

6 MEI 2016 - MENYEMAI BENIH DALAM BOTOL TERPAKAI


Pada 6 Mei 2016. Kami mula menanam benih-benih sayuran. Antara  tanaman sayuran adalah seperti :

1.    Sayur Kangkung (Ipomoea Reptans L. Poir)
2.    Sayur Salad (Lactuca Sativa)
3.    Sayur Sawi Putih (Brassica Rapa L.Cv. Group Pak Choi)
4.    Terung Panjang (Solanum Melongena)
5.    Sayur Sawi Hijau Hong Kong (Brassica Juncea)
6.    Kacang Bendi (Abelmoschus Esculentus)
7.    Timun (Cucumis Sativus)
8.    Tomato (Solanum Lycopersicum)
9.    Kacang Botol (Psophocarpus Tetragonolobus)
10.  Sayur Bayam Merah (Amaranthus Gangeticus)

Untuk mendapatkan cara menyemai biji benih yang berjaya, Pastikan bekas yang dipilih adalah sekurang-kurangnya satu atau dua inci dalam dan mempunyai lubang saliran. Selain itu, tanah juga perlu dalam keadaan lembab dan pastikan tanaman tidak terlalu terdedah pada taburan hujan dan cahaya matahari.



Thursday, May 5, 2016

5 MEI 2016 - PERMULAAN 'GO GREEN KOSASS'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) memulakan projek 'Kebun Bandar' pada 5 Mei 2016. Nama diberi "GO GREEN KOSASS". Tanaman adalah merangkumi sayur-sayuran kegemaran rakyat Malaysia. Proses untuk memulakan projek ini bermula dengan persediaan tempat dan peralatan untuk menanam. Perlatan yang kami gunakan adalah daripada barang terpakai seperti botol-botol, besi dan kayu.

1. Besi BBQ dan kayu yang telah patah diolah menjadi tempat meletak tananaman.
2. Botol-botol terpakai diolah (potong dan tebuk) menjadi bekas tanaman.
3. Pasu yang telah pecah dipecah kecil untuk dijadikan 'alas' sebelum diisi tanah.




Tenaga kerja : Staf dan Pelajar KOSASS








SELAMAT DATANG KE KOSASS KOSASS merupakan kolej kediaman yang menempatkan anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)....